BlogRosshalindarozali: GASTRIK & RAWATANNYA!!!

Pages

18 Aug 2016

GASTRIK & RAWATANNYA!!!

Assalamualaikum..

Terima kasih sudi lagi singgah di blog saya..kali ni nak share pasal GASTRIK!!!

Sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apa itu  gastrik? Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastrik? Penyakit gastrik ni bahaya ke?? Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastik.

Apakah GASTRIK???

Gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

TANDA2 penyakit gastrik :

(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah

Adakah penyakit ini BERBAHAYA???

Penyakit gastrik  di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.

Apakah PUNCA penyakit GASTRIK???

(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
(b) Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok

Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghantar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis.

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

LANGKAH untuk elakkan penyakit GASTRIK..

1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.

2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.

3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada.

4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.

Apa perlu buat jika saya menghidap penyakit GASTRIK???

1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok

Penyakit GASTRIK boleh dirawat???

Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini.

Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

Salah satu calara Alternatif adalah berikhtiar untuk gastrik dengan supplemen Shaklee..

Set gastrik shaklee mengandungi :

1) Esp → Sumber soya yang tinggi nilai ALKALI untuk meneutralkan keasidan dalam perut atau duodenum..

2) Peppermint Ginger Plus → melegakan ketidakselesaan perut/duodenum..Ia juga membantu membuang angin di dalam badan..

3) Ostematrix → Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium yang cukup kerana ianya bersifat Alkali dan mampu meneutral asid..

Harap entri ini bermanfaat untuk anda semua...yang nak berikhtiar dengan supplemen shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/call/wapp yer..

Linda / 01135161912


No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com