BlogRosshalindarozali

3 Nov 2018

Promosi Sepanjang November 2018

Hi semua..

Jumpa lagi kan..Macam biasa setiap bulan shaklee akan buat promosi-promosi best kan..


Jadi tak ketinggalan untuk bulan ni ok..

Jom kita tengok apa promosi hebat produk shaklee sepanjang November ni..๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

1. Promosi Omega 3 atau lebih dikenali sebagai Omega Guard shaklee..

Selalu yang cari Omega 3 ni, individu yang nak pecahkan lemak, yang ada masalah sendi dan tak kurang untuk selsema dan batuk..


Antara khasiat omega guard shaklee boleh tengok gambar yer..sekali testimoni-testimoni menarik di bawah..




2. Shaklee baby DISKAUN 30% dengan.setiap belian..sementara stok masih ada yer..




3. Set Youth Skin care PERCUMA Travel Beg yang super ohsem..



So, jom la rembat semua promosi- promosi ni sebelum berputih mata habis stok okay๐Ÿ˜‰

Boleh terus wapp atau call kak lin untuk best price๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

011-35161912.. bye..jumpa di next entry..

2 Nov 2018

12 Gejala Menopause Yang Perlu Wanita Tahu..

Assalamualaikum. Hai semua..jumpa lagi kat sini..๐Ÿ˜Š


Hari ni jom sembang-sembang pasal menopause pulak.. Apa itu menopause? Sering kita dengar kan..tapi tau ka lebih lanjut lagi pasal menopause ni?

Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua. 


Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran  telur yang menghasilkan hormon estrogen.



Eh apa pulak dah hormon estrogen ni?? ?

Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause.  Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkab pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radang pada vagina.

Selalunya wanita akan mengalami menopause ni sekitar usia 45 ke atas, tetapi ada yang lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun.  

Pelbagai gejala yang akan berlaku kepada penghidap gejala menopause.  Jika sudah sampai masanya menopause, pelbagai cara boleh lakukan bagi menangani gejala menopause ini.  

Jom, kita kenalpasti tanda-tanda menopause dan cara mengatasinya๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

1. Masalah Emosi

Kebanyakan wanita yang akan memasuki fasa menopouse ini seringkali mempunyai emosi yang tidak menentu.  



Emosi ini sering dikaitkan dengan masalah daya ingatan menjadi lemah, mudah marah, perubahan mood yang sangat cepat dan sensitif atau pun mudah tersentuh.

Apabila emosi mula terganggu, banyak tindakan yang dilakukan tidak mendapat fokus yang secukupnya.  

Oleh hal yang demikian, wanita yang telah lanjut usia ini selalunya disarankan berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan stress kepadanya.

Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang itu akan susah untuk tidur.  Apabila tidur tidak mencukupi, wanita menopause akan mudah lemah dan letih.

2. Pendarahan

Tanda-tanda awal menopause seperti berlakunya pendarahan daripada vagina.  Pendarahan yang keluar ini bukan seperti pendarahan ketika datang haid atau saat menstruasi iaitu secara teratur. 



Tetapi pendarahan yang berlaku ke atas wanita menopause adalah secara tidak teratur.

Selalunya pendarahan ini hanya akan keluar sewaktu permulaan menopause.  Pendarahan ini biasanya akan terjadi beberapa kali dalam masa beberapa bulan dan terus akan berhenti keluar.  

Gejala ini juga dikatakan sebagai gejala peralihan kerana muncul pada awal menopause.

3. Jangkitan Kuman di Saluran Kencing

Bagi wanita yang menopause, masalah jangkitan kuman di saluran kencing sering berlaku.  Hal ini berlau kerana semasa menopause, pengeluaran hormon estrogen sudah semakin menurun.


Jika hal ini terjadi, dinding uterus atau dinding rahim akan semakin menipis.  

Jadi, jika pasangan melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak mementingkan kebersihan, saluran kencing wanita menopause akan mudah dijangkiti kuman.

4. Kulit Menjadi Kering

Selain dari gejala-gejala diatas, kulit akan menjadi kering akibat kekurangan hormon estrogen dalam badan kesan daripada menopause.


Apabila kulit mulai kering dan tidak lembap, kulit-kulit mula mengedut dan mengecut.

Bahagian-bahagian kulit yang mudah kelihatan berkedut adalah seperti di bahagian muka, tangan dan kaki. 

Pengambilan air masak yang secukupnya dapat mengatasi masalah kekurangan air dalam badan yang juga penyebab kulit kering dan berkedut.

5. Osteoporosis

Gejala menopause yang berikutnya ialah mengalami osteoporosis. 



Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula.

Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.  Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium.

Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause.

Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen. Jadi tak hairan la semakin meningkat usia, berlakunya macam-macam penyakit sendi dan tulang..

6. Sakit Pada Payudara

Perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada payudara.


Seperti yang berlaku ketika haid atau ovulasi, payudara juga mungkin berasa lebih sensitif dan tegang.

Namun, ketika menghampiri saat menopause, kitaran haid wanita adalah tidak tetap. Maka, lebih sukarlah untuk wanita menjangkakan waktu ketidakselesaan ini berlaku.

7. Hot Flashes

Tubuh terasa cepat panas dan berpeluh-peluh dengan banyak. Inilah gejala hot flashes yang mungkin merupakan salah satu tanda menopause pada wanita yang paling popular.



Apabila tahap estrogen menurun, kelenjar yang mengawal suhu tubuh akan turut terjejas. Badan akan berasa panas tanpa sebab dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Namun, ada yang merasakan hot flashes ini hanya buat beberapa saat, setengah jam, atau ada yang lebih lama daripada itu. Pakailah pakaian yang selesa, banyakkan meminum air, dan gunakan ais pek sekiranya perlu.

8. Gelaja Bau Badan Yang Ketara

Ada yang mengaitkan bau badan ini dengan peluh berlebihan akibat gejala hot flashes,tetapi ia bukan setakat itu.


Penurunan kadar estrogen dalam tubuh juga sebenarnya mempengaruhi kelenjar hypothalamus dengan memberi isyarat anda sedang berasa panas. Akibatnya, lebih banyak peluh yang terhasil sehingga menyebabkan ia sukar dikawal dan terjadinya bau badan.

9. Tumbuh Misai Dan Janggut

 Jangan terkejut sekiranya anda mendapati akan tumbuhnya ‘janggut’ atau ‘misai’ pada wajah. Menurut sumber, ini merupakan simptom yang biasa dilalui menjelang berakhirnya haid wanita.


Seiring dengan pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru ini, rambut sebenar pada kepala anda pula akan menjadi semakin kering, rapuh, dan menipis hingga menyebabkan keguguran rambut.

10. Rasa Berdebar

Kajian menunjukkan  epinephrinedan norepinephrine yang meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah sering berubah-ubah dari semasa ke semasa.


Ia mungkin menyebabkan wanita yang alami gejala menopause berasa berdebar dan barangkali risau tanpa sebab yang munasabah.

Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, bantulah mereka dengan memberi sokongan moral dan pendengar setia mereka.

11. Sukar Mengawal Kencing

Terkencing apabila melompat, batuk, atau bersin kedengaran seperti melucukan. Tapi, ia adalah realiti yang akan berlaku menjelang tempoh menopause pada wanita.


Selain kesukaran mengawal pundi kencing, kekerapan anda untuk ke tandas juga semakin bertambah. Ini disebabkan penipisan lapisan dinding uretra dalam sistem urinari serta otot pelvik yang semakin lemah. Dengan erti kata lain, otot-otot di vagina akan berasa longgar..

12. Migrain

Sekiranya tidak pernah mengalami migrain, perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan cenderung mendapatkannya buat pertama kali. Dan jika memang penghidap migrain, ia boleh menjadi lebih teruk lagi.


Walaubagaimanapun, setelah ketiadaan haid menjadi konsisten, masalah ini didapati akan menghilang hampir serta-merta. Ini kerana tahap hormon tidak lagi meningkat secara mendadak. Menurut Migraine Research Foundation, hanya 5% wanita yang menghidap migrain selepas usia 60 tahun.

Cara Atasi Gejala Menopause 

1. Senaman Atau Amalkan Gaya Hidup Sihat

Senaman ringan akan membantu seorang wanita dalam menghadapi putus haid ini dengan sihat. Selalunya masalah ini akan terjadi di usia tua.  Jadi, olahraga atau senaman ringan selama 30 minit sudah mencukupi untuk anda kekal sihat.

Selain itu juga perlu sabar dan tenang. Hal ini kerana ia  merupakan sebuah proses fisiologi maka penting untuk anda  menanamkan kesabaran dan ketenangan dalam menerima kenyataan terhadap perubahan yang terjadi dalam masa menopause ini kerana gejala putus haid ini pasti akan terjadi.

Hal ini memerlukan   sokongan daripada anggota keluarga yang lain dalam menghadapi sikap wanita yang menopause

2. Amalkan Pemakan Yang Sihat

Makanan yang sihat juga membantu dalam menangani gejala menopause. Disarankan untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi sumber bijiran, protein seperti gandum, tahu, dan tempe.

Perbanyakkan juga makanan yang mengandungi antioksida kerana antioksidan ini bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dan juga bersifat mengusir racun dari dalam tubuh dan menunda tanda-tanda penuaan.

Wanita menopause juga dinasihatkan agar elakkan dari jenis minuman seperti kafein, kopi, alkohol, minuman bersoda, rempah-rempah dan makanan berlemak.

Selain dari itu..boleh juga cuba amalkan makanan tambahan untuk atasi atau tangani masalah menopause ni..antaranya..

๐Ÿ‡ GLA Complex telah menjadi popular untuk merawat rasa seperti demam panas berkait dengan menopause. Supplemen GLA biasanya dicadangkan untuk wanita mengalami simptom atau tanda menopause.


GLA adalah pelopor untuk pengeluaran prostaglandin PGE1 yang menjadi pelindung dan penenang yang membantu mengawal keseimbangan hormon dan menyokong kesihatan sewaktu menopause.

GLA Complex Shaklee:

Mengandungi GLA, Vitamin E, dan Minyak biji bunga matahari.

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan mereka atau sepanjang mengalami menopause.

GLA adalah omega-6 asid lemak yang badan kita gunakan untuk membentuk bahan prostaglandins- yang membantu tubuh untuk mengawal banyak proses normal badan tatkala menopause.

Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber Omega-6 asid lemak. Ia juga mengandungi vitamin E, yang membantu dan menyokong sistem imun dengan membantu untuk mengekalkan integriti sel wanita menopause..

Secara ringkasnya, GLA Complex
* Menggalakkan kesejahteraan wanita menopause.
* Menyokong sistem imun.
* Ada minyak borage, yang mengandungi kepekatan semula jadi GLA dalam bentuk mudah diserap.
* GLA membantu memberi kestabilan pada hormon estrogen dan testosteron. Wanita menopause akan mengalami penurunan kadar estrogen yang mendadak dan ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee.

* Membantu mengatasi perubahan emosi pada wanita menopause.

* GLA boleh diambil oleh wanita yang mula mengalami pra-menopause kerana ia dapat membantu dalam melambatkan proses tersebut. Ia juga membantu masalah rasa panas, tidak boleh tidur, masalah penghadaman dan kemurungan.

* Apabila diambil untuk jangkamasa panjang, ia dapat memberikan kesan awet muda, mengetatkan bahagian rahim dan memberikan kelembapan pada kulit.

* GLA membantu masalah kulit pada wanita menopause. Ia meredakan inflamasi, gejala kulit kering, eczema, masalah gatal kulit dan meredakan bengkak sendi.

* Wanita menopause juga mudah naik berat badan.  Pengambilan GLA membantu menurunkan kadar kolesterol, merangsang kitaran darah, menstabilkan tekanan darah dan membantu penurunan berat badan.

๐Ÿ‡ Ostematrix

Ini adalah vitamin kalsium yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan simptom osteoporosis. Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikan kulit serta melegakan pengecutan otot ketika haid.

๐Ÿ‡ Omega Guard

Mengandungi DHEA (dehydroepiandrosterone) bertindak untuk meningkat memori dan meningkatkan hubungan keintiman. DHEA di dalam Omega Guard akan ditukarkan ke testosterone dan estrogen bila masuk dalam badan.

๐Ÿ‡ B Complex

Membantu meningkatkan peredaran darah dan membantu sel berfungsi dengan baik. Kandungan B5 di dalam Bcompleks diperlukan untuk memfungsikan adrenal. Manakala B6 diperlukan untuk mengurangkan water retention (pertakungan air berlebihan).

Vitamin B sangat diperlukan untuk memperbaiki dan melegaan stress (tekanan), kemurungan yang dihadapi. Selain itu, memperbaiki selera makan kita akan menurun disebabkan faktor kemurungan. 






Harap info-info diatas, berguna untuk hampa semua okay..

Selamat membaca..jumpa lagi dilain waktu..

Nak cuba set menopause shaklee boleh terus rojer kak lin di talian 011-35161912.. wapp atau call semua dilayan yer๐Ÿ˜‰

















BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com