BlogRosshalindarozali: BUASIR ketika Hamil????

Pages

16 Aug 2016

BUASIR ketika Hamil????

Assalamualaikum & selamat pagi buat pembaca2 yg budiman...terima kasih kerana sudi lagi singgah di blog saya..

Kebanyakan ibu hamil banyak alami masalah BUASIR akibat dari sembelit ketika hamil..90 persen bukan angka yang sedikit yer...

Bagaimana ini TERJADI????

Masalah buasir ini terjadi berikutan salur2 darah mengembang ketika hamil... Pada masa yang sama, hormon progesteron yang tinggi pula akan mengendurkan salur2 darah..salur2 darah di bawah uterus (rahim) pula berkemungkinan  akan lebih  mengembang dan membengkak seiring dengan tekanan dan penambahan berat bayi yang sedang membesar.. SEMBELIT juga salah satu punca terjadinya Buasir ketika Hamil..

BAHAYA ke Buasir ketika Hamil???

Segelintir individu yang alami buasir ketika HAMIL akan hilang sendiri selepas bersalin...tetapi.ada individu alami masalah ini berlarutan malah lebih teruk lagi ketika proses melahirkan baby..

Ini terjadi kerana sewaktu proses bersalin, dimana anda meneran untuk mengeluarkan baby...dianggarkan satu daripada 5 orang ibu akan mengalami buasir sehari selepas bersalin..banyak juga kan???

Bagaimana CARA untuk elakkan Buasir ketika Hamil???

Ada pelbagai cara untuk elakkan buasir ketika hamil..antaranya ialah :-

* Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

  * Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  
  * Cuba bersenam dengan kerap ( senaman yang senang cukup sekadar berjalan riadah di waktu petang)

  * Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.

  * Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis
setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin..

Bagaimana anda boleh merawat BUASIR???

Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buasir. Tetapi anda
mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:-

  * Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  * Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  * Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan  tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  * Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.

Jika ubat krim dan supositori tidak membantu, kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan:

  * mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
  * Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
  * Cahaya inframerah.

Set SHAKLEE yang sesuai untuk masalah Buasir ketika Hamil...

OSTEMATRIX : Ostematrix ni kalsium,bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

serta menggunakan krim herbal blend untuk sapu dikawasan daging yang terkeluar dari anus..

Bulan Ogos 2016 anda boleh dapatkan Set Buasir Shaklee dengan HARGA RUNTUH.

Anda boleh membuat pembelian dengan menghubungi saya di wapp/ call (011-35161912) @ fb ( Rosshalinda Rozali)

Diharap entri kali ni dapat memberi banyak pengetahuan untuk anda semua..jumpa lagi di lain lembaran ;)

No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com