BlogRosshalindarozali: JERAWAT KRONIK DAN PUNCANYA..

23 Aug 2016

JERAWAT KRONIK DAN PUNCANYA..

Assalamualaikum semua..

Terima kasih sudi membaca entri kali ni...berkenaan masalah JERAWAT..

Masalah kulit ini seringkali terjadi di kalangan orang dewasa tapi ada juga  kalangan remaja yang turut hadapi kes sebegini sehingga tekanan jiwa...

Ini disebabkan remaja sekarang lebih konsisten menjaga penampilan..jika masalah ini terjadi, biasanya Kurnag Keyakinan Diri untuk bergaul dengan rakan2 yang lain..

Antara masalah kulit termasuklah jerawat, parut lama disebabkan jerawat, kulit kusam, berminyak dan tidak sekata. Remaja biasanya tidak bermasalah dari segi pigmentasi kerana usia yang muda. Pigmentasi biasanya berlaku semasa hamil dan apabila usia meningkat. Bagi remaja, masalah paling kerap terjadi disebabkan kemerosotan paras hormon adalah jerawat yang teruk.

Jom kita lihat apa itu jerawat dan punca serta rawatan yang patut diambil..

JERAWAT DAN PUNCANYA
=========================JERAWJ

Jerawat boleh dianggap sebagai bisul kecil yang menyerang kulit muka atau badan. Jerawat bukan saja menyerang muka malah leher dan badan apabila hormon tidak seimbang. Kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma. Kuman ini membina rumahnya di dalam epidermis. Ia pengeluarkan enzim yang mampu menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiak hingga ke dermis. Lebih dalam ia masuk ke dalam kulit maka lebih seriuslah masalah jerawat. Biarpun jerawat sembuh tetapi parut yang ditinggalkan adalah dalam dan kelihatan hodoh. Parut yang dalam membuatkan kulit tampak berbintik-bintik .Jerawat yang teruk menimbulkan stigma sosial kerana ia menyebabkan kulit berparut. dan mengubah rupa seseorang. Seseorang gadis atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika dihinggapi jerawat. Penampilan juga akan terjejas.

Kuman jerawat mudah hidup apabila sebaceous gland menjadi aktif. Sebaceus gland merupakan kelenjar pengeluar cecair berminyak yang melembapkan kulit kita. Kelenjar sebaceus penting kerana tanpanya kulit akan kering dan mengelupas. Namun apabila ia terlalu aktif kulit akan menjadi berjerawat. Kuman jerawat mudah hidup dan membiak pada jenis kulit yang begini. Oleh itu seseorang yang mempunyai banyak hormon androgen mudah terkena jerawat. Hormon androgen merangsang pengeluaran sebum dari kelenjar sebaceous. Kerana itulah sesetengah doktor mencadangkan pil perancang keluarga bagi mengatasi masalah jerawat. Pil tersebut merupakan sejenis hormon wanita yang boleh membantu menghalang pembentukan jerawat.

Sebum yang banyak terhasil akibat lebihan endrogen menyebabkan pori-pori tersumbat, bintik-bintik hitam dan putih terhasil. Corynebacterium akan mula membiak, jerawat juga terhasil.

RAWATAN
=========

Selalunya rawatan jerawat terdiri daripada antibiotik, pil hormon dan Isotretinoin selain amalan kebersihan dan rawatan muka. Isotretinoin sangat berkesan kerana menyebabkan pengeringan kelenjar sebum. Rawatan itu menjadikan kulit tidak berminyak dan mengurangkan jerawat dengan berkesan. Namun begitu, untuk mendapat kesan yang baik , Isotretinoin perlu dimakan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua atau tiga bulan untuk dilihat kesannya. Oleh kerana pengambilan oral yang lama, pengumpulan ubat ini di dalam badan boleh menimbulkan kesan sampingan sistemik seperti gangguan hati, kemurungan, kekeringan kulit dan bibir dan gangguan penglihatan malam. Bagi wanita ia boleh menyebabkan kecacatan janin jika ubat ini diambil waktu mengandung.

JALAN PENYELESAIAN ALTERNATIF
==================================

Seperti yang kita sedia maklum, selain dari ubat ubatan, boleh juga berikhtiar secara organik yakni konsisten dengan suplemen atau makanan tambahan..ini adalah satu cara rawatan dari akar umbi..bila sel2 dalaman kita sihat, automatik yang luaran pun akan sihat, insyaAllah.

Shaklee ada tawarkan set untuk jerawat terdiri daripada Vitamin2 yang perlu untuk menghapuskan jerawat...

1) GLA COMPLEX

- GLA Complex membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan.
- GLA Complex juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.
- Memandangkan ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA Complex mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak terutama semasa kedatangan haid.

2) Sr VITAMIN C PLUS

- Vitamin C membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen.
- Sebagai antioksida, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit.
- Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten.
- Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi.

3) ESP

- ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit.
- ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari.
- ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat.

4) COLLAGEN POWDER

- Collagen Powder Shaklee adalah suplemen collagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
- Collagen Shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

5) B COMPLEX

- Penyebab jerawat adalah kurang B6. B-Complex lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga bagus bagi penghidap jerawat kronik kerana B-Complex mampu mencegah stress.

6) VITAMIN E

- vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda), mengurangkan parut, mengatasi masalah whitehead dan blackhead yang menjadi punca jerawat, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel, mempercepat proses baik luka (jerawat) dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

7) ALFALFA COMPLEX

- Bertindak sebagai agen detoxs semulajadi.Membuang segala toksin di dalam badan.
- Jerawat selalu berlaku disebabkan kehadiran toksin dalam badan..Jadi alfalfa membantu meneutralkan asid di dalam badan kita dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat berulang.

Banyaknya!!! Perlu ambil kesemua ke?? Tak perlu..anda hanya perlu mengikut kesesuaian masalah jerawat anda yer..

Anda boleh wapp @ call saya -01135161912 untuk rundingan supplemnt yang sesuai saja dengan masalah anda..

Opss!!! Bulan September 2016 adalah bulan promosi untuk vitamin C dan Esp...jadi jangan lepasan peluang untuk membeli dengan harga JIMAT yer.. tq. :)

No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com