BlogRosshalindarozali: TIPS ATASI SAKIT BELAKANG AKIBAT EPIDURAL DAN 10 FAKTA TENTANG EPIDURAL..

15 Feb 2017

TIPS ATASI SAKIT BELAKANG AKIBAT EPIDURAL DAN 10 FAKTA TENTANG EPIDURAL..



Apa itu EPIDURAL?


Epidural  adalah salah satu kaedah pembiusan yang paling banyak digunakan untuk proses kelahiran cara pembedahan caeserean. 

Epidural adalah kaedah pengurusan sakit yang paling terkenal yang digunakan bagi mengurangkan sakit2 ibu bersalin yang sangat digemari oleh ibu2 pada masa ini..

BAGAIMANA EPIDURAL DILAKUKAN?


Epidural merupakan pembiusan separuh badan, dimana ketika suntikan pembiusan dibuat, ibu berada dalam keadaan sedar.

Epidural bertindak serta memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Ia akan memberikan kesan kepada tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan beberapa fungsi penting badan yang lain. 

Prosedur epidural hanya boleh dilakukan oleh pakar bius bertauliah sahaja. Prosedur Suntikan Satu Tiub Halus berdiameter 0.45mm akan dimasukkan ke dalam lumbar dengan suntikan jarum di luar kawasan saraf tunjang dan cecair meningis..

Apabila ubat bius telah dimasukkan, ianya akan membasahi akar saraf supaya kesan lebih efektif..Melalui tiub halus inilah, nanti kadar pengaliran ubat  kan memberi kesan kebas kepada saraf yang meiputi kawasan rahim dan servik.

Kadangkala pembedahan yang dilakukan secara kecemasan setelah bayi di dalam kandungan stress dan perlu dikeluarkan segera atas pelbagai sebab. Justeru, ini menyebabkan penggunaan epidural yang tidak dijangka. 

FAKTA DAN KELEBIHAN SUNTIKAN EPIDURAL..

πŸ‘‰  Teknik pembiusan Epidural yang hanya dilakukan oleh pakar bius memerlukan ubat bius disuntik ke bahagian tulang belakang dimana ia akan merebak dan menyekat saraf kesakitan untuk berfungsi sementara waktu..

πŸ‘‰ Suntikan Epidural dapat membantu bakal ibu menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran. Pada peringkat kedua kelahiran walaupuan ibu berasa kebas, ianya sama sekali tidak menggangu keupayaan ibu untuk meneran dan mengeluarkan bayinya..

πŸ‘‰ Ubat bius yang digunakan akan mula berfungsi sekitar 5-10minit selepas disuntik kepada ibu. Suntikan ini tidak memberikan kesan mengantuk kepada bakal ibu.

πŸ‘‰ Epidural merupakan ubat tahan sakit yang paling selamat dan sangat duperlukan sekiranya ibu mempunyai masalah kesihatan seperti jantung dan tekanan darah tinggi.

πŸ‘‰ Epidural menyebabkan saluran darah mengembang sekaligus melancarkan pengaliran darah kepada bayi dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko bayi lemas..

πŸ‘‰ Bakal ibu akan diminta untuk duduk atau mengiring mengikut keselesaan selepas diberi serba sedikit penerangan tentang suntikan epidural  yang akan dilakukan...

πŸ‘‰ Jika bukaan serviks sudah mencapai 8cm atau wanita tersebut sudah bersalin lebih daripada satu kali, kaedah ini adalah amat tidak digalakkan. Ini adalah kerana jarak masa bersalin yang lebih cepat akan menyebabkan suntikan ini tidak begitu berkesan...

πŸ‘‰ Kajian terbaru menunjukkan suntikan epidural yang diambil oleh bakal ibu bukan sahaja tidak mengganggu proses bersalin, malah ia dapat mengurangkan risiko caesarean.

πŸ‘‰ Selain mengurangkan kesakitan, epidural akan memberikan rasa kebas di bahagian bawah perut, ari2 dan rasa sengal di bahagian kaki.

πŸ‘‰ Perlu diketahui, Epidural tidak akan menjamin 100% dapat mengurangkan kesakitan. Kadangkala faktor posisi tubuh ibu semasa dibius dan struktur kedudukan tulang juga akan menyukarkan pakar bius melakukan suntikan dikawasan yang tepat.

Kesannya, ia boleh menjadi antara sebab suntikan ini kurang memberi kesan yang diinginkan.

KESAN SAMPINGAN EPIDURAL..

Banyak kajian yang membuktikan bahawa epidural tidak akan meninggalkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang, tetapi apa yang boleh didengari ialah rasa yang tidak selesa dengan RASA KEBAS DAN NYILU pada pinggang dan bahagian bawah badan.

Ada juga ibu yang mengadu mengalami sakut kepala yang kuat akibat ksbocoran cecair meningis.

Ia boleh diatasi dengan cara berehat secukupnya dan banyakksn minum air.

Ada juga dikalangan kawan2 dan pelanggan saya mengamalkan vivix dan ostematrix shaklee untuk atasi kesan Epidural.. Dan tiada lagi kebas2 sakit di bahagian belakang.. Asalkan konsisten pasti berhasil..






Nak cuba juga vivix dan ostematrix shaklee boleh hubungi saya :

πŸ‘‰ wapp 01135161912
πŸ‘‰ Fb Rosshalinda Rozali

Moga penjelasan diats untuk Epidural dapat difahami oleh anda semua😊

No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com