BlogRosshalindarozali: CARA KIRA WAKTU SUBUR BAGI WANITA..

15 Dec 2016

CARA KIRA WAKTU SUBUR BAGI WANITA..




Assalamualaikum..

Sebenarnya ada jugak segelintir wanita yang langsung tidak tahu cara untuk mengira waktu subur.. Tak kurang jugak yang dah beranak tapi masih keliru waktu subur mereka😊

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1) Untuk memudahkan mendapat zuriat..
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Sangat penting untuk ambil tahu bilakah waktu subur untuk permasalah diatas😊



KITARAN HAID WANITA..

Kitaran haid wanita agak kompleks. Nak faham kadang kala payah juga.. Kitaran haid akan berlaku setiap bulan secara puratanya 28 hingga 30hari..

Tetapi ada segelintir wanita yang alami kitaran haid lambat sehingga 35 hari..


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid..




Hari 1-7

Dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)..hari pertama perlu ditanda di kalendar hingga hari tamatnya haid..sebaik2nya tanda setiap bulan jika anda ingin merancang untuk mengandung atau tidak..

Hari 8-11

Ini dipanggil fasa follicular dimana hormon estrogen meningkat.. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari wanita pula, telor akan menjadi matang..

Hari 12-17

Waktu inilah dimana proses ovulasi berlaku di hari ke 14..Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Dan sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim..

Hari 18-28

Fasa ini dikenali sebagai fasa luteal atau fasa secretory.. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon progestrone akan dirembes dari sarangnya.. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh dan mengalami kitaran haid semula seperti hari 1..

BILAKAH WAKTU SUBUR??

Setelah anda fahami kitaran haid diatas, waktu yang terbaik untuk bersama suami@isteri ialah pada hari ovulasi berlaku..Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya..

Bilakah secara tepat ia berlaku? Lebih kurang 14  hari dari hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** 14 days from the 1st day of your next period okay..

Contoh kiraan seperti ini.. katakanlah kitaran period anda 28hari..maka hari subur adalah pada hari ke 14 (28-14).

Tetapi sekiranya period 35hari maka hari subur adalah pada hari ke 21 (35-14)..

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR..

Pada waktu subur, suhu badan wanita biasanya akan naik sedikit, 1 darjah celcius lebih.. Selain itu terdapat lendiran cevair jernih daripada kemaluan (rujuk gambar dibawah).



Anda juga boleh dapatkan kits untuk mengetahui kesuburan waniya melalui air kencing wanita di farmasi dan pusat kesihatan..Mudah bukan? 😊

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT.

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangka masa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda..

MENGELAKKAN MENGANDUNG DENGAN KIRAAN KALENDAR..

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada juga pasangan yang ingin mengelakkan mengandung kan..

Anda boleh menggunakan teknik ini..melalui tanda di kalendar.. tetapi cara mengira melalui kalendar kadang kala tidak tepat atau mungkin tersalah kira atau mungkin kedatangan haid yang tidak teratur menyebabkan tarikh subur lari sedikit..

Ini kerana kebiasaannya sperma boleh bertahan selama 5 hari sebelum dan selepas hari di dalam rahim, jadinua 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan  tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan kaedah yang lain untuk mengelakkan mengandung seperti entry saya sebelum ini..

Ada juga yang meletakkan e hari sebelum.dan selepas waktu subur.. Ini agak berisiko.. Terpulang kepada perancangan sendiri..😊

Selain cara diatas, anda juga boleh berikhtiar dengan Gla Complex shaklee untuk planning samada mengandung ataupun tidak.. Gla Complex dikenali sebagai omega 6 untuk seimbangkan kembali hormon.. InsyaAllah berhasil..boleh order disini atau hubungi saya untuk maklumat lanjut..

Saya harap semua info ini sangat berguna buat semua pasangan..selamat mencuba..😊

Hubungi  saya:

Fb : Rosshalinda Rozali
Email : ciklindakhairul@gmail.com
Pages : Kedai Supplementku & Sumber Botani 1001 Khasiat
Cod : Area Balok, Beserah, Sg. Karang, Kuantan





No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com