Assalamualaikum semua...
Arini nak share tips2 yang sesuai untuk merangcang keluarga... tak dinafikan, setelah melahirkan anak, ada ibu2 yang takut atau berbelah bahagi untuk membuat keputusan merancang keluarga...
Mengapa Perlu Merancang???
★ Merancang ini perlu untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan, jarak dan masa kehamilan berikutnya dengan sesuai..
Bagaimana Hendak Merancang???
★ Kaedah yang terbukti berkesan secara saintifik ialah kaedah kontraseptif moden seperti :-
1) PIL
* Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan dalam bentuk progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progestogen.
* Pil ni berfungsi dengan mencegah ovulasi ( pengeluaran telur), menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma.. Ia juga menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin..
* Cara penggunaan pil ini bermula pada hari kelima kedatangan haid, diambil 21 biji selama 21 hari berturut turut, berhenti seminggu dan ulangi semula..
* Keberkesanannya adalah 99% jika diambil secara teratur dan mengikut arahan.
* Antara faedah pil ianya selamat, mudah diperolehi, mudah, tidak mempengaruhi hubungan seksual..
2) SUNTIKAN
* Ia adalah suntikan hormon sintetik pencegah kehamilan.
* Suntikan ini berfungsi sama juga seperti kaedah menggunaan Pil cuma suntikan ini diberikan 3 bulan sekali.
* Keberkesanannya hampir 100%.
* Antara faedahnya sangat berkesan, selamat, memberi kesan jangka panjang, sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi, tidak mempengaruhu hubungan seksual..
3) IMPLAN
* Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengandungi hormon sintetik progestin.
* Hormon ini dikeluarkan perlahan2 untuk mencegah ovulasi dan menyukarkan pergerakan sperma ke ovum disebakan kepekatan lendir serviks.
* Rod implan ini akan dipasang dibawah kulit di bahagian pertengahan lengan dan akan dikeluarkan apabila genap 3 tahun..
* Keberkesanannya hampir 100%.
* Faedahnya sama juga seperti kaedah pil dan suntikan..
4) ALAT DALAM RAHIM
* Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim.
* Ia menghalang persenyawaan, mencegah pelekatan janin pada dinding rahim & ADR yang mengandungi hormon bertindak menghalang ovulasi.
* ADR ini akan dimasukkn ke dalam rahim dan dikeluarkan apabika genap 3 tahun.
* Berkesan 97% - 98% sahaja..
* Mudah, selamat, jimat kos dan tak perlu kerap ke klinik untuk pemeriksaan.
5) KONDOM
* Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit seksual..
* Menghalang sperma masuk ke dalam rahim.
* Cara penggunaan kondom ini disarungkan dan dikeluarkan semasa zakar dalam keadaan tegang.
* Berkesan 75% sekiranya digunakan secara betul dan konsisten.
* Faedahnya adalah senang digunakan dan menghalang jangkitan seksual.
6) KAEDAH PEMANDULAN BAGI WANITA
* Sejenis kaedah pencegah kehamilan yang kekal. Ia melibatkan pembedahakn kecil ke atas wanita dimana kedua dua salur falopio diikat.
* Ia berfungsi dengan menghalang pergerakan ovum ke dalam saluran falopio dan menghalang percantuman ovum dan sperma.
* Berkesan hampir 99%.
* Sangat berkesan, selamat, menghalang penyakit radang pelvik.
7) KAEDAH PEMANDULAN BAGI LELAKI
* Kaedah kekal untuk menghalang kehamilan dengan melibatkan pembedahan kecil kepada lelaki dimana kedua dua salur sperma diikat.
* Ikatan ini akn menyebabkan sperma tidak keluar bersama air mani dan seterusnya persenyawaan tidak berlaku.
* Berkesan hampir 99%.
* Mudah dan selamat.
★ Kaedah lain juga ada diamalkan tapi agak kurang berkesan antaranya ialah kaedah masa selamat dan kaedah penyusuan bayi.
Dimana Boleh Diperolehi Kaedah Kaedah seperti diats???
★ Kebanyakannya boleh diperoleh di klinik atau hospital kerajaan dan swasta, klinik LPPKN & Klinik Persatuan Perancang Keluarga atau di Farmasi untuk kaedah kondom.
Bila Boleh Dimulakan Selepas Bersalin??
★ Ia bergantung kepada kaedah kontraseptif yang ingin digunakan. Ibu ibu digalakkn berbincang keperluan perancang keluarga semasa lawatan pemeriksaan selepas bersalin.
★ Kaedah ini juga tidak perlu menunggu kedatangan haid dan bokeh dimulakan seawal 6 minggu selepas bersalin bergantung kepada kaedah dan keadaan individu.
Bagaimana Hendak Pilih Kaedah Yang Sesuai??
★ Ia bergantung kepada individu. Perlu mengambil kira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan bayi, pengambilan ubat ubatan dan lain2..
★ Individu yakni ibu2 perlu mendapatkan nasihat mengenai kaedah yang sesuai daripada doktor dan petugas kesihatan..
Pendek kata itulah antara kaedah2 yang agak popular dilakukan..tak dinafikan ada yang menggunakan kaedah jamu atau pengambilan makanan tambahan yang sesuai bagi merancang kehamilan..
Semuanya mengikut kesesuaian individu tersebut..
Ada yang bertanya juga, kaedah menggunakan supplemnt shaklee untuk mencegah kehamilan... Anda boleh amalkan Gla Complex Shaklee..
Kebiasaanya GLA diambil untuk mereka yang ingin hamil. Tetapi konsep yang sama boleh digunakan untuk mencegah kan.
GLA untuk hamil diambil sebelum proses ovulasi berlaku untuk memastikan telur ovum matang dan mudah untuk disenyawakan oleh sperma.
Kalau untuk mencegah prosesnya adalah vice versa kan. Diambil semasa proses ovulasi.
Kaedah perancang keluarga dengan menggunakan GLA adalah lebih selamat dan paling penting tiada kesan sampingan.
Malah GLA akan membantu badan wanita untuk lebih sihat, bertenaga, dan boleh menjadikan kulit muka lebih cantik (GLA boleh menghilangkan jeragat di muka jika konsisten ambil). GLA juga membantu untuk menormalkan hormon-hormon di dalam kita kerana kandungan utamanya adalah EPO (Evening Primrose Oil).
Best kan.
Badan isteri pun semakin cantik dan menawan manakala suami pun akan lebih sayang kan.
Itulah tips yang sesuai untuk ibu2 yang masih rungsing tentang kaedah mana yang sesuai.. tepuk dada tanya hati..
Sapa pilih yang semulajadi tanpa kesan sampingan.. :)
Untuk info lanjut boleh wapp (01135161912) atau lawat ke Fb sy Rosshalinda Rozali. TQ. :)
No comments:
Post a Comment