BlogRosshalindarozali: 7 Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu!!!

10 Jan 2016

7 Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu!!!

Selamat pagi semua & selamat menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang..

Hari ini, saya nak sembang mengenai punca2 JERAGAT / PIGMENTASI...

Saya rasa semua orang sedia maklum, jeragat ini masalah yang sering menghantui wanita2..

Apa itu JERAGAT???

JERAGAT dikenali sebagai adik kepada jerawat dimana ia kelihatan seperti tompokan @ bintik kecol pada kulit muka kita..

Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel2 kulit mati, dan juga bakteria di bahagian liang muka terutama di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi...

7 Punca JERAGAT...

1) MATAHARI

    ♥ Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan pigmentasi/ jeragat malah boleh membawa masalah kanser kulit..

2) RAWATAN HORMON

♥ Kajian menujukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi estrogen @ progesteron, pertukaran hormon, implan, banyak menyumbang ke arah masalah jeragat.

♥ Punca jeragat sebabkan hormin menjadi tidak stabil.

3) UBAT UBATAN

♥ Pengambilan ubat yang memberi kesan sampingan kepada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan kulit baru dengab aktif..

♥ Ini adalah salah satu punca jeragat yang kita tak pernah sedar..

4) KEHAMILAN

♥ Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami masalah kulit ketika hamil seperti kegatalan, kulut pecah, jerawat, ekzema & jeragat.

♥ Selalunya,selepas bersalin , masalah jeragat ini akan pudar tetapi ada segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini secara berturutan,yakni tidak hilang jeragatnya..

5) WANGIAN DAN KOSMETIK

♥ Pewangi, sabun wangian, kosmetik yang digunakan adalah salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya jeragat.

♥ Ini kerana terdapat segelintir wangian dan kosmetik yang bertindak balas 'phototoxic', yang sebabkan terjadinya jeragat.

♥ Oleh itu, amatlah digalakan untuk menggunakan wangian dan kosmetik yang berasaskan tumbuhan semula jadi dan natural.

6) FAKTOR USIA

♥ Seiring dengan peningkatan usia, maka keanjalan kulit pun akan terjejas jika tidak dijaga dengan sempurna..

♥ Kebiasaannya, bila usia meningkat ke 30 tahun dan ke atas, kulit akan lebih kering, cepat dehidrasi, berjeragat jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan protin atau vitamin yang sesuai untuk penjagaan kulit..

7) HYPHOTHYROIDISM

♥ Ia juga dikenali dimana keadaan paras hormon thyroid rendah dan menjadi punca jeragat berlaku..

Daripada 7 punca jeragat di atas, penyumbang utama kepada jeragat kebiasaaannya adalah kerana sinar UV..

Ini kerana ada yang berpendapat sinaran UV tersebut akan mengaktifkan sel 'melanocyte' untuk menghasilkan pigmen hitam bertompok..

Wallaualam..

No comments:

Post a Comment

BlogRosshalindarozali © . Designed by MaisarahSidi.com